Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

Vietnam sasar perolehan eksport buah-buahan melebihi AS$5 bilion

HANOI, 31 OKT – Nilai perolehan eksport buah-buahan Vietnam dijangka mencecah AS$5 bilion menjelang 2025 dan AS$6.5 bilion pada 2030, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Vietnam akan menumpukan usaha menanam 14 jenis pokok buah-buahan utama termasuk buah naga, mangga, pisang, longan, oren, nanas, rambutan, durian, nangka dan buah nona seperti rancangan pembangunan pokok buah-buahan utama pada 2025 dan 2030 yang diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (MARD) baru-baru ini. 

Keluasan projek berkenaan sekitar 960,000 hektar menjelang 2025 dan satu juta hektar pada 2030, dengan keluaran hasil dijangka mencecah 11 hingga 12 juta tan (2025) dan 13 hingga 14 juta tan produk menjelang (2030).

Kementerian itu turut menugaskan Jabatan Perlindungan Tumbuhan menyelaras dengan penduduk setempat mengenai pengurusan penyakit pokok buah-buahan serta memberi bimbingan kepada mereka untuk membangunkan kod kawasan penanaman dan kebolehkesanan asal produk; termasuk bekerjasama dengan unit pasaran eksport produk buah-buahan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -