Vietnam sedia kongsi pengalaman tangani COVID-19

HANOI, 10 JULAI – Vietnam sedia berkongsi pengalamannya mencegah dan memerangi wabak COVID-19 dengan Afrika Selatan menerusi persidangan dalam talian seperti dilakukan bersama pasukan tentera perubatan beberapa negara baru-baru ini.

Semasa perbincangan me-nerusi telefon dengan Timbalan Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera Afrika Selatan pada Khamis, Vinh menekankan pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi pandemik tersebut.

Beliau berkongsi mengenai keupayaan Vietnam menyekat penularan COVID-19, beliau berkata penglibatan seluruh sistem politik, dengan tentera memainkan peranan penting, membolehkan Vietnam berjaya mengawal pandemik itu.

Pegawai Vietnam itu juga berkongsi hasil pencegahan COVID-19 pasukan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Vietnam di Afrika, terutamanya usaha dan tindak balas aktif yang dilakukan oleh anggota Field Hospital di Sudan Selatan.

Thabang turut memuji kejayaan Vietnam dalam memerangi COVID-19, melahirkan harapan Vietnam menyokong negaranya supaya dapat mengekang penyakit itu secepat mungkin.

Kedua-dua pihak mengkaji kerjasama pertahanan dua hala dan membincangkan hala tuju ke arah hubungan lebih erat pada masa akan datang.

Mereka berkata kerjasama itu wujud sejak lawatan Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera Afrika Selatan ke Vietnam Ogos tahun lalu, sejajar dengan perjanjian kerjasama pertahanan yang ditandatangani pada 2006. – Bernama