HANOI, Vietnam, 1 Mac – Vietnam telah mengutuk larangan penangkapan ikan yang dikenakan oleh China di beberapa kawasan Laut China Selatan, mengatakan ia melanggar kedaulatan rakyat Vietnam dan merumitkan lagi situasi tegang di perairan bergolak itu.
Kementerian Pertanian China pada Isnin mengeluarkan satu larangan penangkapan ikan secara bermusim di beberapa kawasan Laut China Selatan, termasuk perairan berdekatan pulau-pulau Paracel yang dituntut oleh Vietnam namun diduduki oleh China.
Jurucakap Kementerian Luar, Le Hai Binh berkata dalam satu keterangan kelmarin bahawa Vietnam menentang dan menolak larangan itu, menambah Vietnam mempunyai alasan yang sah dan bukit sejarah untuk menyokong tuntutan kedaulatan. – AP