Vietnam sertai APEC SOM 1

HANOI, 24 FEB – Vietnam menghadiri Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan pertama (SOM 1) dan mesyuarat berkaitan bagi Kerjasama Asia-Pasifik (APEC) 2020 yang berlangsung di Putrajaya, Malaysia dari 20 hingga 22 Februari, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Delegasi Vietnam terdiri wakil Kementerian Industri dan Perdagangan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan pejabat jawatankuasa antara sektor bagi integrasi antarabangsa.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi mesyuarat APEC 2020 bertemakan ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan yang Membawa Kemakmuran Bersama’. – Bernama