Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Vietnam tahan aktivis alam sekitar atas dakwaan elak cukai

    HANOI, 9 FEB – Vietnam hari ini telah menahan seorang pencinta alam sekitar berprofil tinggi yang dikenali menentang industri tenaga, kerana disyaki melakukan pengelakan cukai, menurut media kerajaan.

    Nguy Thi Khanh, 46, telah menjadi salah satu daripada beberapa suara di Vietnam yang bersedia untuk mencabar rancangan meningkatkan tenaga batu arang bagi menjana pembangunan ekonomi.

    Pertubuhannya GreenID, pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar yang terkenal di Vietnam, telah meyakinkan kerajaan untuk mengurangkan beberapa sasaran batu arangnya dan mencetuskan perbincangan kebangsaan mengenai peningkatan pencemaran udara dan air.

    Meskipun telah menerima pujian-pujian antarabangsa, beliau juga menjadi sasaran kempen memburuk-burukkan di laman-laman media yang ditaja kerajaan dan kerap dikecam oleh orang yang mengkritik kerjanya di Facebook.

    Akhbar Tuoi Tre, milik kerajaan hari ini berkata bahawa Khanh telah ditahan oleh polis di ibu kota Hanoi “atas tuduhan pengelakan cukai”. Tiada butiran lanjut diberikan. – AFP

    Gambar fail bertarikh 6 Februari 2020 menunjukkan Pengarah Eksekutif Green ID, Nguy Thi Khanh semasa temu bual bersama AFP mengenai pembangunan mapan di ibu pejabat NGO berkenaan di Hanoi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...