Vietnam tawar e-visa kepada 35 negara

HANOI, 21 Feb – Di bawah dekri yang dikeluarkan kerajaan Vietnam baru-baru ini, rakyat dari 35 negara termasuk China, layak mendapat e-visa menerusi program perintis, lapor agensi berita Xinhua.

Program selama dua tahun itu menetapkan penduduk dari negara antaranya Austria, Belgium, Brazil, China, Croatia, Mexico, Qatar, Papua New Guinea dan Switzerland boleh mendapatkan e-visa bermula 1 Februari, memetik akhbar online VnExpress.

E-visa juga akan dibenarkan di pintu sempadan antarabangsa seperti di Tay Trang di utara Dien Bien, Na Meo di wilayah tengah Thanh Hoa, pelabuhan Duong Dong dan pelabuhan Chan May.

Sejumlah 16 pintu sempadan dan sembilan pelabuhan di Vietnam kini membenarkan warga asing memasuki negara itu dengan e-visa, lapor agensi berita Vietnam.

Vietnam menerima lebih 1.5 juta pelawat asing pada Januari, meningkat lima peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. – Bernama