Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Vietnam batal sekatan penerbangan

    HANOI, 14 FEB – Vietnam akan membatalkan sekatan koronavirus ke atas penerbangan antarabangsa bagi penumpang divaksinasi penuh bermula esok, pihak berkuasa penerbangan awam negara itu menjelaskan dalam satu kenyataan.

    Negara komunis itu secara harfiahnya menutup negara kepada dunia sejak Mac 2020 akibat pandemik, memberikan tamparan hebat terhadap sektor pelancongannya yang penting.

    Pihak berkuasa secara beransur-ansur melonggarkan kekangan dalam masa beberapa bulan kebelakangan, dengan pelawat mula memasuki negara itu sedikit demi sedikit di bawah pengaturan gelembung perjalanan sejak November.

    Manakala bermula esok, Vietnam akan membatalkan sekatan ke atas penumpang dalam penerbangan berjadual dan tidak berjadual, kata pihak berkuasa penerbangan awam. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...