Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vikings menang tipis

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 20 FEB – Vikings memperoleh kemenangan tipis menentang Tamilnadu 11 (TM-XI) dengan mendahului satu larian di peringkat akhir untuk Kejohanan Kriket Kelab Panaga Twenty20 (T20) yang diadakan baru-baru ini.

    Dianjurkan oleh Bahagian Kriket di Kelab Panaga, kejohanan itu menyaksikan lima pasukan kriket berpengalaman dari seluruh negara bersaing dalam format round-robin.

    Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Vikings, BSB, Gurkha, Serikandi Tuskers dan TM-XI.

    Pusingan akhir menyaksikan perlawanan sengit antara Vikings dan TM-XI, di mana pasukan Vikings berjaya memperoleh pendahuluan awal dalam beberapa over pertama. TM-XI berjaya memberikan tentangan yang kuat di final apabila mereka memperoleh beberapa larian penting.

    Di sebalik tentangan hebat ini, Vikings berjaya memperoleh kemenangan tipis dengan kelebihan satu larian yang mengagumkan menentang TM-XI.

    Hadir bagi menyaksikan kejohanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah ketua bahagian kriket di Panaga, Ramana Rao.

    “Sudah tentu, kita telah menyaksikan perlawanan sengit antara dua pasukan veteran yang saya pasti akan membantu untuk meningkatkan lagi semangat kesukanan dan kemesraan dalam kalangan pemain,” katanya.

    Beliau berharap kejohanan ini dapat diteruskan bagi merangsang pasukan-pasukan untuk membuat persediaan menghadapi musim baharu pertandingan bagi tahun 2024 dan berharap prestasi mereka dapat dikekalkan di kejohanan-kejohanan akan datang bagi memartabatkan sukan di Brunei.

    Dalam pada itu, beliau turut menyerahkan trofi masing-masing kepada TM-XI dan Mangis sebagai pemenang dan naib juara untuk Kejohanan Kriket Kelab Panaga T20 tahun 2022 yang berakhir pada tahun lepas, serta kepada Vikings dan Serikandi Tuskers yang masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam Kejohanan Kriket Kelab Panaga, T10 tahun 2023 yang berakhir baru-baru ini.

    Gambar ramai peserta semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda