LONDON, 27 DIS – Aston Villa mempamerkan aksi hebatnya untuk menjadi antara empat pasukan teratas dalam perebutan gelaran selepas membenam Crystal Palace 3-0 meskipun beraksi dengan pemain yang dikurangkan selepas Tyrone Ming dilayangkan kad merah.
Pada perlawanan tersebut, Bertrand Traore memberikan gol pertama untuk permulaan Villa tetapi Mings telah mencetuskan tonggak permainan pasukan itu sedikit goyah selepas dia dikeluarkan kerana berlakunya perselisihan dengan Wilfried Zaha beberapa minit sebelum masa rehat.
Bagaimanapun Villa terus bangkit dan mengatasi tekanan bersama 10 pemainnya untuk terus mendahului perlawanan apabila Kortney Hause menjaringkan gol kedua dari sepakan dekat pada minit ke-66 sebelum Anwar El Ghazi menggandakan lagi jaringan untuk gol ketiga pasukannya, yang merupakan gol keempat peribadinya dalam empat perlawanan. – AFP































