Villa tandatangani Mbwana

LONDON, 21 JAN – Aston Villa berjaya menandatangani pemain penyerang Tanzania Mbwana Samatta dari kelab Genk dengan perpindahan berjumlah 8.5 juta paun sterling (AS$11 juta) kelmarin.

Samatta menandatangani perjanjian empat tahun setengah dan menunggu kehadirannya di Villa apabila mendapat kelulusan permit dan kebenaran antarabangsa.

Pemain berusia 27 tahun itu telah menjaringkan sebanyak 10 gol pada musim ini semasa berada di Genk dalam semua pertandingan dan pernah menjaringkan gol menentang juara Eropah Liverpool di Anfield.

“Saya rasa cukup berbesar hati berjaya membawa masuk Mbwana ke kelab ini,” jelas pengurus Villa Dean Smith.

“Dia menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya dan saya ingin bekerjasama dengannya.”

Smith mengalami kebuntuan apabila pemain penyerangnya Wesley mengalami kecederaan lutut ketika menentang Burnley dan masih dalam rawatan sehingga akhir musim.

Walau bagaimanapun, Samatta tidak dapat beraksi untuk menentang Watford esok dan Villa sekarang berada di kedudukan zon penyingkiran dan hanya satu mata berada di belakang Watford. – AFP

Samatta Mbwana memegang jersi kelab terbaharunya Aston Villa. – Agensi