Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vinales dominasi MotoGP Australia

    PHILLIP ISLAND, Australia, 28

    Okt – Maverick Vinales menghasilkan kemenangan dominan di MotoGP Australia hari ini sementara juara dunia yang baru dimahkotakan, Marc Marquez secara dramatiknya terpaksa menarik diri selepas satu perlanggaran ngeri berkelajuan tinggi.

    Penunggang dari Sepanyol itu, yang memulakan kedudukan di tempat kedua dan kemudian berada di depan selepas Marquez menarik diri, meraih kemenangan pertamanya tahun ini bagi memecahkan rekod kemarau 25 perlumbaan Yamaha, berada di depan pemenang kedua dari Suzuki, Andrea Iannone.

    Penunggang Ducati, Andrea Dovizioso berada di tempat ketiga, mengukuhkan usahanya bagi menamatkan sebagai pemenang kedua bagi kejuaraan dunia apabila pesaing terdekatnya, Valentino Rossi hanya mampu berada di kedudukan keenam. – AFP

    Maverick Vinales dari Yamaha meraikan kemenangannya di MotoGP Australia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda