Vince Carter bersara selepas 22 musim NBA

NEW YORK, 26 JUN – Lapan kali NBA All-Star, Vince Carter mengumumkan persaraannya semalam setelah selama 22 musim kariernya di NBA yang mana beliau juga pernah memenangi pingat emas Olimpik Sydney 2000 dan aksi slam dunks yang luar biasa semasa Vinsanity.

Carter, yang berusia 43 tahun, keluar dari bangku simpanan bermain bersama Atlanta Hawks musim lalu dan bermain di perlawanan NBA terakhirnya pada 11 Mac lalu, malam yang sama NBA ditutup selepas pemain Utah, Rudy Gobert disahkan positif COVID-19.

“Saya secara rasmi bersara dari bermain bola keranjang profesional,” kata Carter.

The Hawks meraih kemenangan 20 dari 47 perlawanan sebelum NBA ditangguhkan, namun mereka bukan antara 22 kelab yang layak untuk bersaing dalam restart NBA bermula pada bulan Julai di Orlando, mengakhiri musim Hawks dan kerjaya Carter.

Carter terpilih sebagai pemain kelima dalam Draf NBA 1998 oleh Golden State dan menyertai Toronto Raptors, di mana dia di nobatkan sebagai Rookie Terbaik Tahun 1999 NBA, lompatan akrobatik tingginya yang membawa gelaran Pertandingan NBA Slam Dunk 2000 dan nama panggilan ‘Air Canada’.

Carter juga bermain untuk New Jersey Nets, Orlando Magic, Phoenix Suns, Dallas Mavericks, Memphis Grizzlies, Sacramento Kings dan Atlanta sebagai pemain pertahanan dan penyerang.

Beliau telah muncul sebanyak 1,541 perlawanan. Carter memperoleh 17.2 mata jaringan, 4.4 rebound, 3.2 assist dan 1.0 steal. – AFP

Reaksi Vince Carter dari Atlanta Hawks semasa perlawanan menentang Memphis Grizzlies di State Farm Arena di Atlanta, Georgia pada 2 Mac lalu. Lapan kali NBA All-Star Vince Carter mengumumkan persaraannya semalam. – AFP