Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Vincent Tan ajak Hairul naik jet

    Selepas dibawa menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga sekali lagi menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan apabila berpeluang bercuti dengan menaiki jet peribadi jutawan terkenal itu.

    Berkongsi perkara itu di Instagram, pemilik nama penuh Hairul Azreen Idris, 34, meluahkan perasaan teruja dan menganggap ia rezeki buat anak-anaknya.

    “Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini. Masya-Allah untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang,” jelas Hairul.

    Dalam video berdurasi satu minit itu, Hairul bersama isterinya Hanis Zalikha dan dua anak mereka menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan terbabit.

    Rata-rata warganet juga teruja dan meninggalkan komen positif di laman sosial pasangan selebriti itu.

    Rata-rata warganet teruja dan meninggalkan komen positif di laman sosial apabila Hairul Azreen dan keluarga sekali lagi dijemput menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan.- Agensi

    “Awak layak mendapatkannya kerana awak sekeluarga selalu merendah diri,” tulis seorang warganet.

    “Masya Allah, rezeki orang baik.”

    “Rezeki tidak pernah salah alamat,” ujar beberapa warganet.

    Pada Oktober lalu, Hairul sekeluarga berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan berkenaan.

    Pelakon filem Wira itu tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan tersebut ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu.

    Hairul dan Hanis berkahwin pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.- Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...