Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Vingegaard kukuhkan kedudukan

    ROCAMADOUR, PERANCIS, 24 JULAI – Jonas Vingegaard berusaha bersungguh-sungguh semasa ujian terakhir Tour de France untuk mengukuhkan kedudukan keseluruhan kelmarin dan mengesahkan kemenangan dalam perlumbaan berbasikal terbesar.

    Selepas mengharungi perlumbaan tiga minggu yang meletihkan, pendahulu Jumbo-Visma mempamerkan satu lagi aksi mengagumkan di selatan Perancis.

    “Ia sangat bermakna kepada saya, ia sangat luar biasa,” kata Vingeggard. “Ia adalah pencapaian terbesar dalam sukan berbasikal dan kami berjaya melakukannya.”

    Vingegaard, mampu bersaing dengan lebih selamat memandangkan dia mendahului tiga minit di hadapan pada permulaan perlumbaan. Sebaliknya, dia mengambil risiko di laluan teknikal dan hampir dikejutkan semasa di penghujung perlumbaan apabila dia tersilap jangka ketika berada di selekoh dan terpaksa menghentikan basikal bagi mengelak daripada terlanggar.

    Vingegaard kemudian secara dramatik memperlahankan kayuhan ketika menuju garisan penamat. Dia menamatkan peringkat ke-20 di tempat kedua 19 saat di belakang pemenang Wout van Aert, rakan sepasukannya.

    “Sejak tahun lalu, saya percaya mampu melakukannya dan kini ia benar-benar berlaku. Ia sangat luar biasa. Perasaan lega dan sangat gembira serta bangga,” kata Vingegaard.

    Van Aert, yang berjaya memenangi beberapa gelaran, sangat penting membantu Vingegaard sepanjang laluan pergunungan. Dia mencatat kemenangan peringkat ketiga pada bulan dan kesembilan secara keseluruhan.

    Van Aert juga meraih jersi hijau iaitu pemecut terbaik dan membuktikan bahawa dia mampu memenangi perlumbaan dalam semua jenis permukaan dan boleh jadi pemimpin dalam mana-mana pasukan. Dia enggan berkongsi mengenai mencabar jersi kuning pada masa akan datang.

    “Persoalan ini diajukan beberapa kali,” kata Van Aert. “Buat masa ini, saya merasa hebat untuk memenangi jelajah bersama pasukan dan memenangi tiga peringkat dan jersi hijau. Ketika ini, saya tidak mahu bercakap mengenai masa depan.”- AP

    Reaksi Jonas Vingegaard meraikan kemenangan di atas podium selepas perlumbaan peringkat ke-20 Tour de France, baru-baru ini.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...