SINGAPURA, 31 OKT – Jonas Vingegaard muncul juara acara berbasikal Criterium Tour de France Singapore baru-baru ini.
Penyandang juara Tour de France itu berpisah di kilometer 65 di daerah Marina Bay, Singapura.
Dengan cuaca tropika yang panas, pelumba dari Denmark itu mengangkat kedua tangannya ke atas semasa melalui garisan penamat.
Pelumba dari United Kingdom, Chris Froome, juara empat kali Tour de France, terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba dari Itali, Vincenzo Nibali, yang mengumumkan persaraan beliau pada hujung tahun ini, mendapat tempat ketiga.
“Ia perlumbaan yang sangat sukar, tetapi nasib saya baik.
“Ia bukanlah satu benda asing bagi saya kerana saya rasa, Tour de France tahun ini juga sangat panas.
“Awda perlu berusaha keras untuk berjaya, dan itulah yang telah saya lakukan,” kata Vingegaard, 25, kepada media. – AFP
