Vinicius curi tumpuan

GIRONA, Sepanyol, 10 Jan – Vinicius Junior menjadi tumpuan setelah membantu kemenangan Real Madrid 3-0 ke atas Leganes yang membuka laluan selesa untuk mara ke suku akhir Copa del Rey, hari ini.

Vinicius, 18, pemain berasal Brazil, yang ditandatangani Madrid pada musim panas lalu, mempamerkan persembahan bertenaga di Santiago Bernabeu dengan jaringan voli, gol ketiganya untuk kelab dan ketiga pasukan pada pertemuan itu.

Sebelum itu Sergio Ramos menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama dan Lucas Vasquez menjaringkan gol kedua untuk melakar kemenangan pertama buat Madrid tahun ini.

Leganes akan berdepan kesukaran untuk mengatasi kekurangan tiga gol pada perlawanan timbal balik minggu depan, Santiago Solari berasakan penting bagi pasukannya untuk berjaya mendapatkan kembali rentak berikutan dua perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan La Liga.

Penyokong Madrid, yang bersiul dan melambaikan sapu tangan putih semasa tumbang di tangan Real Sociedad Ahad lalu, turut menyaksikan penampilan sulung Brahim Diaz, pemain berusia 19 tahun yang masuk sebagai pemain gantian selepas berpindah dari Manchester City.

Bagaimanapun prestasi Vinicius paling menyerlah. – AFP