Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Virandeep cipta sejarah bantu Malaysia tewaskan Indonesia

    PHNOM PENH, 2 MEI – Pemain kriket negara Malaysia, Virandeep Singh melakar kejayaan menakjubkan apabila menjadi pemain pertama mencapai lebih 100 larian dalam format T20 antarabangsa ketika membantu Malaysia menewaskan Indonesia pada Sukan SEA 2023, hari ini.

    Pada aksi pembukaan Kumpulan A hari ini, Virandeep mencatatkan 116 larian untuk membantu pasukan negara Malaysia membuka kempen temasya dwitahunan itu dengan cemerlang menewaskan Indonesia dengan 94 larian.

    Beliau mengakui tidak menjangkakan mampu melepasi lebih 100 larian dalam acara yang berlangsung di AZ Group Kriket Oval itu.

    “Tahun ini saya hampir beberapa kali mencapai 100 larian iaitu mencatat 96 larian ketika menentang Bahrain dan 94 larian ketika menentang Oman.

    “Saya sentiasa mahu menyumbang untuk Malaysia. Permulaan yang cemerlang untuk Malaysia dan saya di Kemboja ini.

    Saya harap mampu mencatat lebih daripada 100 larian pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

    Sementara itu, kapten skuad kriket negara Malaysia, Ahmad Faiz Mohamad Noor melahirkan rasa syukur dengan kemenangan menentang Indonesia dan berbangga atas pencapaian Vi-randeep hari ini.

    “Sebagai seorang pemukul pencapaian Virandeep memang hebat dan kami amat bangga dengan keputusan ini,” katanya.

    Malaysia seterusnya dijadual bertemu Thailand pada perlawanan Kumpulan A Khamis ini (4 Mei). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...