Virgin Australia kurangkan pekerjaan untuk terus bertahan

SYDNEY, 5 OGOS – Syarikat penerbangan kedua terbesar Australia, Virgin Australia bakal mengurangkan 3,000 pekerjaan dan kos-kos lain dalam usaha untuk memastikan ia terus mampu berdaya saing, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam kenyataan diterbitkan di Bursa Sekuriti Australia hari ini, Virgin Australia mengatakan pihaknya akan mengurangkan 3,000 pekerjaan dan kos berikutan ketidakpastian yang disebabkan COVID-19.

Syarikat penerbangan itu akan menumpukan pada perniagaan domestik dan perjalanan jarak dekat selain hanya mengekalkan pesawat utama Boeing 737 serta pesawat penerbangan carter dan serantau. – Bernama