Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virgin dedah kapal layar mewah

    LENGKAP dengan kemudahan seperti ruang istirahat yang mewah, Virgin Voyages berjanji untuk menggegarkan industri pelayaran dengan barisan kapal yang baharu.

    Firma itu, yang merupakan usaha sama antara Virgin Group yang berpangkalan di Virgin Australia dan Bain Capital yang berpangkalan di Boston, merancang untuk melancarkan tiga kapal yang memuatkan 2,700 penumpang pada tahun 2020, dengan kos pengeluaran hampir AS$2 bilion.

    Rancangan baharu yang dikeluarkan menunjukkan reka bentuk kapal layar tersebut, terima kasih kepada sekumpulan pereka yang telah bekerja dalam projek tersebut, di mana mereka telah pun terlibat dalam rekaan beberapa hotel dan restoran terkemuka di dunia.

    Diakui, tiada pereka yang ditugaskan oleh Virgin Voyages sebenarnya telah melakukan pelayaran.

    Tom Dixon, yang berpusat di London, memberitahu pasukan Conde Nast Traveller di sebuah pesta di New York: “Ia cukup berisiko, apa yang dilakukan Virgin Voyages, mendapatkan sekumpulan pereka yang belum pernah melakukan pelayaran sebelum ini.”

    Projek tersebut merupakan usaha sama antara Kumpulan Virgin yang berpangkalan di Virgin Australia dan Bain Capital yang berpusat di London, merancang untuk melancarkan tiga kapal yang memuatkan 2,700 penumpang pada tahun 2020.
    Inspirasi di sebalik ‘The Dock’ adalah untuk mewujudkan ruang di mana pada siang hari, matahari, laut merupakan satu pertunjukan dengan hidangan minuman sejuk.
    Voyages akan tiba di Pelabuhan Miami pada tahun 2020 untuk musim pelayaran sulungnya, di mana ia akan berlayar ke Caribbean bersama lebih 2,700 tetamu.

    Di seberang kapal, Virgin Voyages telah bekerjasama dengan Dixon’s Design Research Studio di London, Roman dan Williams di New York, Concrete Amsterdam, Softroom di London dan WorkAC di New York.

    Pasukan itu memberikan penerangan ringkas mengenai reka bentuk moden kapal tersebut dengan perincian perabot yang terdapat di dalamnya.

    Bermula dengan dek atas kapal, Richard’s Rooftop yang direka oleh Studio Penyelidikan Reka Bentuk Tom Dixon akan menjadi ruang istirahat luaran yang eksklusif yang disediakan untuk para tetamu kapal.

    Kelab peribadi akan menampilkan estetika futuristik dengan kerusi buluh, payung gergasi dan aksen kaca dichroic yang akan memancarkan bayang-bayang pelangi di bahagian ruangan tersebut.

    Menuju ke dalam kapal, pencahayaan lampu terkenal Tom Dixon akan menghiasi jalan masuk ke Pink Agave, sebuah restoran Meksiko atas kapal yang direka oleh Design Research Studio.

    Restoran kelas atas akan menampilkan kawasan bar di ruang legar dan ruangan makan peribadi untuk kumpulan yang lebih besar.

    Dikenali dengan kerja seni mereka dalam mereka bentuk kediaman selebriti terkenal serta hotel yang menarik seperti The Standard Highline di New York City, firma reka bentuk Rom dan Williams itu telah mencipta reka bentuk ‘The Manor’.

    Diilhamkan oleh sejarah Richard Branson dalam industri muzik dan studio muzik Virgin pertama yang sama dengan nama yang sama, ruang muzik direka bentuk dengan sebuah platform dan sudut yang menjadikannya suatu tempat yang menarik.

    Dengan aksesori yang menjadi penyeri ‘The Manor’ akan membawanya kepada lambang kemewahan ketika kapal tersebut memulakan pelayaran.

    Rom dan Williams juga merupakan dalang di sebalik pembinaan ‘The Dock’, sebuah ruang istirahat luaran dengan tumpuan tempat berhibur sambil menghadap pemandangan daripada sudut kapal.

    Terletak di bahagian belakang kapal pada dek 7, ‘The Dock’ mengingatkan kita seperti berada di ruangan tepi pantai yang terdapat di Hamptons, Ibiza, Bali dan sekitarnya.

    Richard’s Rooftop yang direka oleh Design Research Studio Tom Dixon akan menjadi ruang istirehat luaran yang eksklusif yang disediakan untuk para tetamu.
    ‘Virgin Voyages’ saat ini mempunyai tiga kapal di bawah perusahaan kapal buatan Italia Fincantieri.

    Inspirasi disebalik ‘The Dock’ adalah untuk mewujudkan ruang di mana pada siang hari, matahari, laut seolah-seolah menjadi pertunjukan dengan hidangan minuman sejuk, senaskah buku dan pandangan adalah sahabat yang sempurna.

    Di belakang ruang kapal, para tetamu akan menemui sebuah lagi ruangan ‘The Athletic Club’, sebuah ruang istirahat luaran berunsurkan ciri-ciri tradisional yang direka oleh Concrete Amsterdam.

    Mempunyai ‘daybed’ terbesar di laut, kerusi separuh bulat bergaris putih dan merah adalah tempat yang sempurna di atas kapal untuk berjemur atau menyaksikan kerlipan bintang.

    Bersebelahan dengan katil sofa adalah kawasan di mana para tetamu boleh menjadikan sebagai ruang peribadi, seolah-olah mereka sedang berlayar di katamaran.

    ‘The Athletic Club’ meliputi kedua-dua belah bahagian belakang kapal dengan menghadap lautan dengan penyediaan juadah dari ruang minuman bersebelahan.

    Dikenali dengan seni yang bersifatkan eksentrik dalam reka bentuk mereka dengan sedikit sentuhan emosi, pasukan Concrete Amsterdam adalah minda seni bina di belakang hotel seperti Hotel Zoku serta restoran seperti 212 Amsterdam.

    Concrete Amsterdam telah mereka restoran Test Kitchen dengan ruang masuk yang menarik dengan imej lampu pencahayaan.

    Baki ruang awam di atas kapal dan kabin yang direka oleh reka bentuk dalaman Creative Voyages ‘Virgin Voyages’ akan didedahkan sepanjang tahun sebagai sebahagian daripada kesinambungan jenama siri #ShipTease itu.

    Pelayaran Virgin kini mempunyai tiga kapal di bawah syarikat kapal dagang Itali Fincantieri.

    Kapal pertama ‘Virgin Voyages’ akan tiba di Pelabuhan Miami pada tahun 2020 untuk musim pelayaran sulungnya, di mana ia akan berlayar ke Caribbean dengan membawa lebih daripada 2,700 tetamu dan 1,150 anak kapal.

    Pada masa ini Virgin menawarkan cuti pelayaran tetapi tidak mengendalikan mana-mana kapal sendiri.

    Pakar pelayaran lama, Tom McAlpin, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden jenama Virgin Voyages yang baharu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda