Virgin Galactic bermatlamat untuk bawa pelancong ke ruang angkasa

KAPAL angkasa Virgin Galactic berlepas naik menuju ke ruang udara sehingga lebih 50 batu tinggi di kawasan gurun Mojave, California baru-baru ini dan mencatat pencapaian pertama bagi sebuah syarikat untuk sampai ke sempadan udara menuju ke ruang angkasa.

Kapal roket tersebut telah mencapai ketinggian 51 kilometer sebelum turun kembali ke bumi, kata pejabat misi, Enrico Palermo. Kapal tersebut telah mendarat dengan selamat selepas beberapa minit kemudian.

“Kami telah berjaya sampai ke ruang angkasa,” teriak Palermo kepada media.

Penerbangan supersonik itu telah membawa Virgin Galactic ke arah impian yang sudah lama ditunda dan ditangguhkan iaitu pelancongan komersial ruang angkasa serta berusaha untuk direalisasikan.

Syarikat ini juga bermatlamat untuk memperbanyakkan lagi roket ini dan setakat hari ini sudah ada enam buah, di mana ia berukuran seperti jet eksekutif.

Pengasas Virgin Galactic, Branson di depan kapal tersebut. – Agensi
Roket kecil itu telah berjaya mencapai kelajuan Mach 2.9 iaitu hampir tiga kali ganda kelajuan suara. – Agensi
Semasa ujian penerbangan dijalankan, sebuah jet khas akan membawa Virgin Ship Unity terbang di ketinggian sekitar 43,000 kaki sebelum melepaskan roket kecil itu. – Agensi
Idea ini bermula pada tahun 2004 apabila Branson mengumumkan untuk menubuhkan Virgin Galactic selepas penerbangan SpaceShipOne, kapal angkasa yang dikendalikan secara persendirian berlepas ke ruang udara sebanyak tiga kali. – Agensi
Branson tidak bersendirian dalam perniagaan pelancongan ruang angkasa ini kerana Jeff Bezos turut merancang untuk membawa pelancong ke ruang angkasa. – Agensi

Pesawat angkasawan ini turut digunakan bagi proses penyelidikan di mana pihak NASA akan turut menjalankan kajian eksperimen sains setiap kali ujian penerbangan dijalankan. – Agensi

Pengasas Virgin Galactic Richard Branson berkata bahawa dia akan lebih banyak membuat ujian penerbangan dan jika semuanya berjalan lancar, dia akan membawa orang ramai peluang untuk meneroka ruang angkasa.

“Saya percaya dalam masa terdekat ini, kami pasti akan membawa orang ramai ke ruang angkasa,” katanya yang sangat berpuas dengan ujian yang dijalankannya baru-baru ini.

Ujian demi ujian dijalankan

Virgin Galactic menganggap perjalanan sejauh 50 batu di sempadan ruang angkasa merupakan jarak yang digunakan oleh tentera udara AS dan agensi-agensi AS yang lain. Ia adalah berbeza dengan pemandangan untuk meneroka sempadan ruang angkasa iaitu sejauh 62 batu.

Ketua Eksekutif Virgin Galactic, George Whitesides berkata bahawa penyelidikan terkini lebih memihak kepada altitud yang lebih rendah.

Whitesides turut menambah bahawa kajian semula terhadap data ini akan dilakukan dalam satu simulasi ujian penerbangan yang akan dijalankan pada awal tahun baharu ini nanti.

“Ini adalah satu langkah yang besar untuk maju ke hadapan dan apabila kita mengetahui data itu, lantas kita akan tahu di mana laluan yang terbaik di ruang angkasa,” jelasnya.

Semasa ujian penerbangan dijalankan, sebuah jet khas akan membawa Virgin Ship Unity terbang di ketinggian sekitar 43,000 kaki sebelum melepaskan roket kecil itu.

Kapal angkasa itu akan menyalakan enjin roketnya dan dengan cepat ia terus terbang tinggi ke atas dan dapat melihat penonton yang berada di bawah. Roket kecil itu telah berjaya mencapai kelajuan Mach 2.9 iaitu hampir tiga kali ganda kelajuan suara.

Kedua-dua juruterbang ujian, Mark Forger Stucky dan bekas angkasawan NASA Rick CJ Sturckow telah dianugerahkan dalam menjalankan misi komersial itu, kata Pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Bailey Edwards.

“Ia adalah satu penerbangan yang hebat dan saya sudah tidak sabar untuk melakukannya sekali lagi,” kata Sturckow, yang telah terbang ke ruang angkasa sebanyak empat kali.

Usaha untuk memperkembangkan kapal angkasa Virgin Galactic ini mengambil masa yang lama untuk direalisasikan dan mengalami kemerosotan apatah lagi ketika ujian pertama yang dijalankan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan salah seorang juruterbang terkorban pada tahun 2014.

“Apa yang pasti, pelbagai pihak telah meletakkan nyawa mereka untuk mencapai apa yang kita perolehi pada hari ini,” kata Branson.

Lebih daripada 600 orang dari pelbagai pihak berkeinginan untuk menaiki pesawat ini di mana tiket dianggarkan bernilai AS$250,000 untuk menaikinya.

Pesawat angkasawan ini turut digunakan bagi proses penyelidikan di mana pihak NASA akan turut menjalankan kajian eksperimen sains setiap kali ujian penerbangan dijalankan.

Idea ini bermula pada tahun 2004 apabila Branson mengumumkan untuk menubuhkan Virgin Galactic selepas penerbangan SpaceShipOne, kapal angkasa yang dikendalikan secara persendirian berlepas ke ruang udara sebanyak tiga kali.

Pelancongan ruang angkasa

Dibiayai oleh barisan individu terkaya di dunia, Paul G.Allen dan direka bentuk oleh pereka teknologi ruang angkasa, Maverick, Burt Rutan, SpaceShipOne memenangi AS$10 juta Ansari X Prize.

Hadiah itu diwujudkan untuk memulakan pembangunan dan memajukan sektor swasta terhadap kapal-kapal roket yang akan menjadikan ruang angkasa tersedia untuk orang ramai.

Apabila Branson berjaya mendapatkan lesen teknologi SpaceShipOne, dia terus membayangkan sebuah armada yang dapat membawa penumpang pada tahun 2007 dan melancarkannya di sebuah kilang di selatan Mexico yang dikenali sebagai Spaceport America.

Namun terdapat kemerosotan yang ketara. Tiga juruteknik terbunuh pada tahun 2007 apabila letupan berlaku semasa menguji sistem propelan di Scaled Composites LLC, yang membina SpaceShipOne. Kemudian pada tahun 2014, SpaceShipOne pecah semasa ujian penerbangan dijalankan.

Seorang juruterbang terbunuh manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri dari kapal tersebut dan terselamat.

Semasa turun daripada ruang angkasa, ekor berkembar kapal tersebut direka untuk berputar ke atas bagi melambatkan proses penurunan dan kemudian kembali kepada konfigurasi terbang biasa sehingga melakukan pendaratan di landasan.

Versi baharu SpaceShipOne dibina oleh syarikat Virgin Galactic dan ujian sedang giat dijalankan. Penerbangan sebelum ini telah berjaya mencapai di tahap 32 batu di sempadan ruang angkasa.

Branson tidak bersendirian dalam perniagaan pelancongan ruang angkasa ini kerana Jeff Bezos turut merancang untuk membawa pelancong ke ruang angkasa dengan menggunakan kaedah kapsul yang lebih bercorakkan tradisional.

SpaceXElon Musk baru-baru ini telah mengumumkan untuk membawa seorang jutawan dari Jepun bersama rakan-rakan untuk mengelilingi bulan. – AP