Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virgin lantik Jayne Hrdlicka sebagai CEO

    SYDNEY, 15 OKT – Bekas bos pesawat penerbangan tambang rendah, Jayne Hrdlicka (gambar bawah) akan menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) wanita pertama Virgin Australia selepas pentadbiran pesawat yang bergelut itu mengumumkan hari ini yang bosnya ketika ini akan meletak jawatan.

    Ketua eksekutif dan pengarah urusan Paul Scurrah, yang memegang jawatan itu selama 18 bulan, akan digantikan oleh bekas ketua Jetstar itu yang mana firma ekuiti swasta AS, Bain Capital pernah mengambil alih pengangkutan itu, umum pesawat penerbangan dalam satu kenyataan.

    “Disebabkan ia adalah waktu yang sangat mencabar dalam sejarah penerbangan, saya terus berbangga dengan cara pasukan dan organisasi keseluruhan kami yang telah berjuang untuk menyelamatkan penerbangan ini,” kata Scurrah.

    “Ini adalah waktu yang tepat dan saya tahu perniagaan ini akan baik-baik saja.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda