Virus hancur impian Paralimpik Wilson

LONDON, 5 MEI – Penghidap sklerosis berbilang Mary Wilson bimbang pandemik kronavirus mungkin menghancurkan impiannya untuk bermain badminton di Sukan Paralimpik.

Wilson, yang berharap untuk melayakkan diri bermain di Sukan Tokyo 2020, berkata jika dia berjaya berkunjung ke Jepun pada tahun depan, ia ‘merupakan perkara terbesar’ tetapi beliau mengakui masa tidak menyebelahinya.

Pemain Scotland berusia 56 tahun itu menghadapi, dan berjaya mengatasi beberapa cabaran luar biasa sejak didiagnosis dengan MS, gangguan saraf yang kronik, pada 2004.

Harapan Paralimpik Wilson ditangguhkan selepas penganjur Olimpik dan Paralimpik gagal mengatasi peristiwa yang tidak dapat dielakkan pada akhir Mac, menunda kedua-dua acara sehingga tahun depan dan bermakna badminton tidak dapat dimasukkan dalam acara Paralimpik pada 2020.

Wilson akur dengan keputusan itu tetapi mengaku ia memberikan tamparan kepada dirinya secara peribadi.

“Ia pastinya akan menjejas peluang saya dengan tahun tambahan,” beritahu Wilson kepada AFP menerusi telefon dari rumahnya di Edinburg yang dikongsi bersama pasangannya Judi dan haiwan peliharaannya, Max.

“Satu tahun adalah masa yang lama untuk berlatih keras. Saya rasa badan saya sudah merosot disebabkan MS.”

“Secara terus-terang, saya fikir ia harus dibatalkan lebih awal,” katanya. “Ia telah pun dilengahkan, pengumuman rasmi hanya dibuat pada 24 Mac. Orang di negara lain banyak terjejas akibat virus.”

Wilson kini menjalani rejim latihan yang diubahsuai di rumahnya. – AFP

Pemain badminton Paralimpik Bri-tain Mary Wilson berlatih di rumahnya di Edinburg, Scotland semasa lockdown koronavirus. – AFP