Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Virus tidak akan membiak selepas 7 hari

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Hasil dapatan daripada penyelidikan kesihatan mendapati bahawa virus pada individu yang pernah positif dijangkiti COVID selepas tujuh hari tidak akan mampu membiak.

    Sekiranya selepas dalam jangka masa 10 hari, mereka sudah pulih daripada jangkitan namun pada masa yang sama masih mempunyai gejala, maka dalam hal ini mereka tidak lagi menyebarkan jangkitan COVID dan dibolehkan untuk kembali bekerja.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Gejala itu akan masih ada terutama bagi individu yang dikategorikan sebagai long COVID dan ia akan berpanjangan sedikit dari beberapa minggu sehingga beberapa bulan,” tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerangkan mengenai situasi jangkitan terkini di negara ini semasa sidang media kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...