Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virus Zika mencapai 140 kes

    NEW DELHI, 26 Okt – Jumlah penularan kes Zika telah mencapai 140 di barat India, wilayah Rajasthan , menurut pegawai kesihatan hari ini.

    “Dengan lima orang telah dikenal pasti dijangkiti dalam tempoh 24 jam, jumlah kes-kes virus Zika setakat ini adalah 140 kes. Sebahagian besarnya adalah kes-kes dari bandar Jaipur dan para pesakitnya adalah pekerja pendatang,” menurutnya lagi.

    Kementerian Kesihatan India sudah menghantar pasukan khas ke wilayah tersebut dan menubuhkan bilik kawalam di Pusat Kebangsaan untuk Pengawalan Penyakit bagi menjalankan pemantauan situasi di Rajasthan dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

    Penyakit virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes pada waktu siang. Simptom penyakti itu adalah termasuk demam, ruam kulit, konjunktivitis, sakit otot dan sendi dan sakit kepala.

    Ini merupakan penularan penyakit Zika ketiga di India sejak Januari 2017.

    Penularan pertama Zika dilaporkan berlaku di India pada Januari 2017 di barat Gujarat, sementara penularan kedua dilaporkan selatan Tamil Nadu pada Julai 2017. Kedua-dua penularan itu telah dikawal. – Xinhua

    Gambar fail pada 27 Januari 2016 menunjukkan imej nyamuk Aedes yang membawa virus Zika menerusi mikroskop di Institut Fiocruz. Jumlah kes virus Zika di India telah mencapai 140, menurut pegawai kesihatan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda