Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Visi hidrogen Sarawak diiringi dengan tindakan – Premier

    KUCHING, 13 OKT – Visi Sarawak untuk menjadi hab hidrogen di Asia diiringi dengan langkah dan tindakan yang perlu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada forum hidrogen antarabangsa yang diadakan di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, beliau berkata Sarawak telah berbincang dengan industri besar dari Jepun dan Korea yang komited untuk bekerjasama dengan Sarawak mengeluarkan  hidrogen bagi memperkasakan industri di negara berkenaan.

    Abang Johari yang mengambil bahagian sebagai penceramah panel pada Forum Hidrogen Tokyo yang dianjurkan Tokyo Metropolitan Government pada Rabu berkata dengan kekuatan dalam kuasa boleh diperbaharui, Sarawak sudah bersedia menjadi pengeluar dan pembekal hidrogen hijau utama di rantau ini menjelang 2028. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...