Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jan – Vision Illusion memeriahkan lagi kedatangan Tahun Baru Cina (TBC) 2017 dengan mengadakan majlis sambutan bersama para pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di Kampung Bengkurong, hari ini.
Pada majlis sambutan itu, Vision Illusion juga mengadakan potongan rambut percuma khas untuk para pelajar pusat tersebut.
Sempena sambutan berkenaan, Syarikat Lian Fah Printing & Trading Co juga menyumbangkan sebanyak $300 kepada Pusat Ehsan yang telah diterima oleh wakil pusat tersebut.


Majlis sambutan dimulakan dengan pemotongan rambut percuma kepada semua penuntut dan seterusnya pembahagian sampul merah kepada para pelajar dan menikmati jamuan.
Menurut kenyataan Pusat Ehsan, pusat berkenaan merupakan sebuah badan kebajikan bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan yang menyediakan pembelajaran khas, latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota badan kepada insan-insan istimewa yang kurang upaya atau berkeperluan khas di negara ini. Pada masa ini seramai 150 orang penuntut istimewa berdaftar di cawangan Bengkurong dan 50 orang pelajar lagi di cawangan Kuala Belait.