LONDON – VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan pelancaran Pengembaraan di atas Langit, program pelancongan paling menyeluruh yang direka bentuk khusus untuk kanak-kanak.
Dengan satu dalam empat penerbangan VistaJet pada 2017 mempunyai kanak-kanak atas penerbangan, menawarkan aktiviti yang didedikasikan untuk pengembara muda terbukti menjadi semakin penting.
Dicipta untuk penumpang berumur satu hingga 16 tahun, Pengembaraan di atas Langit akan menukarkan kabin VistaJet menjadi bilik permainan dan tempat pesta.
Kanak-kanak akan terlibat secara aktif dengan buku-buku penceritaan berilustrasi, beg galas pengembara diperibadikan dan hamper aktiviti keluarga serta dilayan oleh pramugari terlatih kanak-kanak, menawarkan mereka menu khas dan hos pengembaraan interaktif.
Pesta di atas langit
Di barisan hadapan Pengembaraan di atas Langit merupakan satu siri pesta bertema, yang dicipta dengan kerjasama perancang acara terkemuka dunia, Sharky dan George.
Setiap aktiviti dihoskan atas penerbangan oleh pasukan pakar, untuk menjadikan masa penerbang muda di udara, masa yang tidak akan dapat dilupakan.
Alice di atas Langit membawa kanak-kanak ke dalam lubang arnab dan dunia ajaib dimana budak lelaki dan perempuan boleh menghoskan Pesta Teh Mad Hatter mereka sendiri, bermain kroket flamingori dan permainan Contrariwise.
Misi Rahsia melatih rekrut sebagai agen perkhidmatan rahsia untuk membongkar operasi jenayah antarabangsa.
Dipimpin oleh Ketua Perisik dalam pesawat, agen baharu akan menerima latihan yang diinspirasikan oleh Kingsman dalam seni menulis dan menyahsulit kod, mengambil cap jari, teknik tempat jenayah dan pemesejan rahsia.
Untuk kaki wayang muda, Filem di atas Langit akan memasukkan krew filem yang dilengkapi dengan kamera, peralatan mengedit dan skrin hijau untuk menghasilkan filem mereka sendiri, daripada menulis skrip dan pemilihan pelakon sehingga ke menyolekkan, lakonan, penggambaran dan kesan khas. Kanak-kanak boleh melakonkan blokbuster kegemaran mereka atau menghidupkan idea baharu.
Pek pengembaraan
VistaJet telah menghasilkan satu siri pek aktiviti. Beg Galas Pengembara, yang diperibadikan berdasarkan umur individu kanak-kanak dan destinasi penerbangan mereka, adalah direka bentuk untuk digunakan di atas penerbangan dan hari-hari seterusnya.
Untuk keseluruhan keluarga, Hamper Aktiviti diperibadikan akan disediakan, yang penuh dengan aktiviti untuk dicipta bersama-sama.
Untuk menghiburkan penumpang muda mereka, VistaJet juga telah menghasilkan satu siri buku pelekat berilustrasi enam tangan yang kanak-kanak boleh ikuti pengembaraan watak utama Miloh dan Scarlet.
Ruang makan peribadi
Tukang masak ruang makan peribadi VistaJet telah menghasilkan menu baharu untuk menarik minat kanak-kanak dari seluruh dunia dan semua hidangan menyediakan keperluan kesihatan yang ibu bapa mereka harapkan.
Pakar kanak-kanak atas penerbangan
Disebabkan banyak keluarga mengembara dengan pengasuh kanak-kanak, VistaJet telah mengambil langkah awal untuk melatih semua Pramugari Kabinnya di institusi pendidikan awal kanak-kanak dan pengasuhan anak yang berprestij, Kolej Norland.
Program latihan yang berdedikasi ini meliputi perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak, memahami dinamik keluarga dan mengenal pasti masa keperluan untuk keluarga ketika mengembara.
VistaJet ialah syarikat penerbangan peribadi yang pertama yang mengambil langkah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk setiap penumpang.
Perihal VistaJet
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia.
Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses pada keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang.
Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana sahaja.
Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui aplikasi tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.
Lebih banyak maklumat dan berita VistaJet di vistajet.com. – Bernama