PARIS, 21 JAN – Pelumba basikal dari Itali, Elia Viviani, diarahkan untuk berehat selama dua minggu selepas mengalami masalah jantung, kata pasukannya dari Cofidis hari ini.
Viviani, 31, mengatakan bahawa dia pertama kali merasakan ada yang tidak betul pada hari Ahad lalu.
“Dengan doktor peribadi saya, kami memutuskan untuk melakukan pemeriksaan penuh di klinik di Ancona. Selepas ujian itu, saya menjalani prosedur kecil yang berjaya,” katanya.
Pemenang pingat emas omnium di Olimpik Rio 2016 dijadualkan kembali beraksi dalam perlumbaan untuk Jelajah UAE yang bermula pada 21 Februari.
Beliau kemudian merancang untuk turun di Tirreno-Adriatico pada 10 hingga 16 Mac diikuti dengan perlumbaan di Milan-SanRemo pada 20 Mac nanti. – AFP





























