Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vivo Y25 dilancarkan

    Vivo baru-baru ini melancarkan gajet baru iaitu Vivo Y25 yang dijana dengan Funtouch OS 2.1 berdasarkan Android 5.1 Lollipop. Ia didatangkan dengan paparan 4.5 inci FWGA (480×854 piksel) IPS.

    Ia dikuasakan dengan 1.3GHz pemprosesan empat teras MTK6580 dan digandingkan dengan RAM sebesar 1GB. Ia menawarkan storan dalaman sebesar 16GB dan boleh ditambah sehingga 128 GB melalui kad microSD.

    Telefon pintar ini mempunyai kamera belakang 5MP dan dilengkapi dengan cahaya LED. Manakala kamera belakangnya 2MP digunakan untuk bergambar selfie dan bercakap melalui video. Ia mempunyai bateri sebesar 1900mAh dan berukuran 130.7×66.4×9.2mm).

    Pilihan sambungannya termasuk sambungan 4G, Micro-USB, Wi-Fi, Bluetooth dan GPS. Vivo Y25 juga menampilkan pengesan jarak, pengesan pecutan dan pengesan cahaya sekeliling.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda