Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vivy Yusof, suami didakwa pecah amanah RM8 juta

    Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen kelmarin atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lepas.

    Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

    Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd telah melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara, pada 21 Ogos 2018.

    Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – Bernama

    Datin Vivy Yusof (kanan) dan suaminya tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan kes berkenaan pada 5 Disember. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda