MILAN, 17 APRIL – Dusan Vlahovic menyelamatkan satu mata untuk Juventus dengan gol penyamaan minit akhir untuk mengikat keputusan seri 1-1 menentang Bologna, yang menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain selepas pertikaian untuk tidak memberikan penalti kepada Juventus.
Penyerang Serbia, Vlahovic menanduk masuk sepakan overhead Alvaro Morata berhampiran dengan garisan gol selepas Marko Arnautovic yang berada dalam prestasi terbaik telah meletakkan Bologna di hadapan tujuh minit selepas separuh masa pertama dan gol ke-12 uang dicetak pemain ini pada musim ini.
Suasana yang meriah di Turin apabila Juventus menyambut kepulangan ikon kelab, Alessandro Del Piero, yang membuat penampilan rasmi pertamanya di Stadium Allianz sejak meninggalkan kelab tanpa kehendaknya sendiri pada 2012 dan diberi tepukan gemuruh oleh penyokong.
Bagaimanapun Juve sukar mencari inspirasi semasa perlawanan walaupun kehadiran pemenang Piala Dunia dan Vlahovic yang menyamakan kedudukan pada minit kelima masa kecederaan tidak dapat menyembunyikan persembahan buruk yang menyebabkan mereka ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, AC Milan dengan baki lima perlawanan selepas hujung minggu Easter.
Pemain Bologna, Adama Soumaoro dilayangkan kad merah ketika enam minit sebelum masa tamat kerana percubaan terdesaknya untuk menghalang Morata daripada menyamakan kedudukan, selepas pemeriksaan VAR dilakukan dan cubaan Juan Cuadrado tersebut terkena tiang di hadapan gol terbuka yang telah berlaku di luar kawasan. – AFP
