Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vodafone, Three UK rancang bergabung, kurangkan persaingan

    LONDON, 13 SEPT – Penggabungan yang dirancang bagi cabang telefon mudah alih British, Vodafone, dan Three berkemungkinan membawa kepada pengurangan ketara persaingan di United Kingdom (UK), kata pengawal selia antipersaingan, hari ini.

    Penguasa Persaingan dan Pasaran Britain (CMA) memberikan kesimpulannya dalam penemuan sementara siasatan ke atas hubungan yang melibatkan Three UK, yang dimiliki oleh CK Hutchison yang berpangkalan di Hong Kong.

    Penggabungan yang dicadangkan, diumumkan Jun tahun lalu, bertujuan untuk mewujudkan pengendali mudah alih terbesar Britain dengan 27 juta pelanggan dan mempercepatkan pelancaran sambungan 5G yang lebih pantas.

    Gergasi telefon mudah alih Britain, Vodafone dan Three UK mempunyai nilai sasaran £16.5 bilion (AS$22 bilion) untuk kumpulan baharu itu.

    Dalam satu kenyataan hari ini, CMA membuat kesimpulan sementara di mana perjanjian itu mungkin membawa kepada pengurangan ketara persaingan di UK.

    Pengawal selia menambah penggabu-ngan itu akan membawa kepada kenaikan harga untuk berpuluh juta pelanggan mudah alih, atau menyebabkan pengurangan perkhidmatan kepada pelanggan seperti pakej data yang lebih kecil dalam kontrak mereka. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda