Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Volkswagen intai pasaran saham berasingan

    FRANKFURT, 23 FEB – Syarikat kereta Jerman, Volkswagen, hari ini berkata ia sedang merangka rancangan untuk menyenaraikan jenama mewahnya Porsche kerana ia ingin mengumpul dana bagi perpindahannya kepada kenderaan elektrik.

    Sementara itu, Volkswagen dan pemegang saham terbesarnya Porsche SE telah “merundingkan perjanjian rangka kerja yang sepatutnya menjadi asas untuk langkah selanjutnya” ke arah penyenaraian pasaran saham yang berasingan, kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan.

    Keputusan muktamad bagi masa depan jenama kereta sport bersejarah itu belum lagi diambil, menurut kumpulan tersebut.

    Perkara itu akan mewakili perubahan besar di Volkswagen, yang sedang mencari cara untuk membiayai peralihannya daripada enjin pembakaran tradisional kepada kenderaan elektrik.

    Kumpulan itu merancang untuk meletakkan kira-kira 25 peratus saham Porsche di pasaran, sumber dalam syarikat yang enggan namanya didedahkan kepada AFP, mengesahkan laporan akhbar.

    Volkswagen dalam perbincangan lanjutan untuk menyenaraikan Porsche di pasaran saham, operasi yang kerap disebut oleh penganalisis untuk mengumpul dana bagi membiayai peralihan elektrik. – AFP

    Syarikat induk dan pemegang saham utama kumpulan Volkswagen ialah Porsche SE, yang turut disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt.

    Saham dalam Porsche SE melonjak lebih 11 peratus kelmarin, saham Volkswagen pula hampir 8 peratus, semasa pasaran berkenaan dalam krisis berkaitan dengan Ukraine.

    Penganalisis menilai Porsche, pembuat kereta sport 911 yang terkenal, bernilai di antara 60 dan 80 bilion euro.

    Perjanjian itu mampu menyaksikan syarikat induk yang dinamakan sama secara langsung membeli sahan dalam Porsche AG, katanya dalam satu kenyataan.

    Manakala, Porsche SE, yang menguruskan pelaburan Porsche-Piech, seterusnya boleh membiayai langkah itu dengan menjual sebahagian daripada pegangan majoritinya dalam kumpulan Volkswagen, menurut laporan baru-baru ini dalam akhbar tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...