Volkswagen labur dalam kilang bateri

BERLIN, 14 Mei – Pengeluar kereta Volkswagen AG berkata ia melabur 1 bilion euro untuk mendirikan sebuah kilang pengeluaran bateri di Jerman.

Ketua eksekutif Herbert Diess berkata hari ini kilang bateri adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menghasilkan kenderaan elektrik.

Beliau berkata kilang itu akan dibina di bandar utara Salzgitter, yang mempunyai akses kepada kilang tenaga angin di rantau itu.

Volkswagen berusaha untuk bangkit semula daripada skandal pengeluaran diesel, yang setakat ini telah menelan kos 30 bilion euro untuk syarikat.

Pengumuman itu dibuat selepas pesaing Daimler mengumumkan semalam ia merancang menjadikan semua kereta penumpangnya neutral karbon pada tahun 2039.

Pengeluaran dalam sektor pengangkutan Jerman tidak berkembang sejak tahun 1990, menjejas usaha negara untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. – AP