Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Volkswagen mula hasilkan kereta elektrik di AS

    CHATTANOOGA, TENNESSEE, 27 JULAI – Volkswagen kelmarin memulakan pengeluaran kenderaan elektrik pertamanya yang dibina di kilang Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

    Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini, syarikat pembuat kereta Jerman itu berkata ia merancang untuk meningkatkan pengeluaran di Chattanooga bagi SUV kompak elektrik ID.4 kepada 7,000 kereta sebulan pada suku keempat tahun ini, dengan matlamat menambah jumlah tersebut pada tahun depan.

    Pengeluaran bermula selepas Volkswagen mengumumkan pelaburan bernilai AS$800 juta di sebuah syarikat pembuatan kereta elektrik di Amerika Utara di kilang Chattanooga pada 2019, termasuk fasiliti bagi pemasangan kenderaan dan bateri.

    Syarikat itu berkata ia mengambil lebih daripada 1,000 pekerja pengeluaran sehingga akhir tahun ini. Volkswagen Chattanooga kini menggaji lebih daripada 4,000 orang.

    Pengeluaran mula beroperaso ketika pembuat kereta Amerika menyasarkan kenderaan elektrik dalam pasaran terbesar AS: SUV bersaiz sederhana, mewakili kira-kira 20 peratus daripada jualan kenderaan baharu.

    Volkswagen berkata model ID.4 adalah kenderaan elektrik mereka yang paling popular, dengan lebih dari 190,000 telah dijual kepada pelanggan di seluruh dunia sejak tahun lalu.

    Syarikat berkenaan mengatakan bahawa pelanggan boleh menjangkakan ID.4 dihantar paling awal pada Oktober ini. Harga runcit permulaan yang dijangka oleh pengeluar adalah kira-kira AS$41,000.

    Kilang Chattanooga kini menjadi tapak pembuatan kereta elektrik Volkswagen yang keenam di seluruh dunia. Matlamat syarikat pengeluar kereta itu adalah 55 peratus daripada jualan kenderaan di AS akan menjadi kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

    Pada awalnya, Volkswagen akan menawarkan kenderaan buatan Amerika dalam bentuk pacuan roda belakang atau pacuan empat roda dengan bateri 82 kilowatt sejam. Satu lagi versi dengan harga lebih rendah dengan bateri 62 kilowatt sejam dan pacuan roda belakang akan mula dikeluarkan pada akhir tahun ini. – AP

    Gambar fail menunjukkan pekerja yang bertugas dalam pembuatan kereta elektrik di kilang pengeluarannya di Chattanooga, Tennessee, 31 Ogos 2017. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...