Volvo keluar kenderaan elektrik 2030

PARIS, 2 MAC – Volvo berkata ia hanya akan mengeluarkan kenderaan elektrik menjelang tahun 2030. Namun jika anda mahu memilikinya, anda perlu membelinya dalam talian.

Pengeluar kereta Sweden itu berkata hari ini ia akan menghentikan secara berperingkat pengeluaran kesemua kereta dengan enjin pembakaran dalaman, termasuk hibrid.

“Tidak adanya masa depan jangka panjang untuk kereta dengan enjin pembakaran dalaman,” kata Henrik Green, ketua pegawai teknologi Volvo.

Pengumuman Volvo menyusuli janji General Motors pada awal tahun ini untuk mengeluarkan ken-deraan menggunakan bateri sahaja pada 2035.

Volvo juga berkata, sementara kenderaan elektriknya akan dijual secara eksklusif dalam talian, peniaga ‘tetap membentuk pengalaman pelanggan yang penting dan akan terus bertanggungjawab terhadap pelbagai perkhidmatan penting seperti menjual, menyediakan, menghantar serta perkhidmatan servis kereta.”

Sebagai sebahagian daripada pengumuman hari ini, pengeluar kereta Sweden akan melancarkan kereta elektrik keduanya, susulan kepada XC40 Recharge, sebuah kenderaan SUV kompak pada tahun lalu.

Volvo berkata matlamatnya adalah mempunyai separuh daripada jualan global terdiri daripada kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025, dengan separuh lagi dibuat daripada hibrid.

Pengeluar kereta di seluruh dunia sedang menambah pengeluaran kenderaan elektrik tatkala teknologi mengecas meningkat dan kerajaan mengenakan peraturan pencemaran yang lebih ketat. – AP

Gambar fail bertarikh 6 Februari 2020 menunjukkan sebuah kereta Volvo terletak di belakang logo Volvo di lobi ibu pejabat syarikat di Brussels. Volvo berkata ia hanya akan mengeluarkan kenderaan elektrik pada 2020. – AP