Volvo, Northvolt jalin kerjasama bina kilang bateri elektrik

STOCKHOLM, 21 JUN – Volvo dan Northvolt Sweden telah bekerjasama untuk membina kilang bateri baharu di Eropah ketika pengilang auto berhasrat untuk menjual hanya kereta penuh elektrik menjelang 2030, kata syarikat itu hari ini.

Pengilang auto Sweden, Volvo dan syarikat bateri itu berkata, menerusi usaha sama itu, mereka akan membina kilang terbesar yang berpotensi mencapai kapasiti 50 gigawatt sejam (GWh) setahun, dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.

Ini akan membenarkan Volvo yang dimiliki oleh pengilang auto China, Geely, untuk melengkapi 800,000 kenderaan setahun.

Eropah telah meningkatkan usahanya untuk menjadi lebih autonomi dalam sektor bateri, walaupun ia masih lagi bergantung pada pengeluaran dari Asia.

Eropah mempunyai projek-projek untuk membina hampir 40 kilang besar dengan hasil tahunan gabungan 1,000 GWh dengan kos anggaran 40 bilion euro (AS$48 bilion), menurut laporan T&E pada Jun.

Gambar fail bertarikh 2 Mac menunjukkan logo Volvo di Reading, barat London. – AFP

Volvo dan Northvolt juga merancang untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan di Sweden tahun depan yang akan membangunkan ‘sel bateri generasi baharu, canggih dan teknologi-teknologi integrasi kenderaan’, menurut kenyataan bersama mereka.

Volvo, sementara itu, akan membeli sel bateri 15GWh setahun dari kilang Northvolt Sweden di Skelleftea bermula 2024.

Rakan kongsi itu akan menyumbang kepada usaha Volvo untuk menjadikan separuh daripada kereta penuh elektriknya menjelang dekad pertengahan dan kesemua daripadanya 100 peratus elektrik pada 2030.

Perjanjian itu belum ditandatangani dan diluluskan oleh kedua-dua lembaga Volvo dan Northvolt.

Northvolt yang berhasrat untuk menjadi pengeluaran bateri kereta elektrik terbesar di Eropah telah menjalin kerjasama bersama Volkswagen, BMW dan Scania.

Ketua eksekutif Northvolt, Peter Carlsson memberitahu FT yang syarikatnya kini menumpu ‘terutamanya di AS, kemungkinan juga Asia’ bagi pelanjutan seterusnya selepas sebelumnya mengatakan pembuat bateri itu sudah terlebih mencukupi di Eropah. – AFP