Voro galas tugas Prandeli di Valencia

MADRID, 11 Jan – Salvado Gonzalez Marco (gambar) atau lebih dikenali sebagai Voro, kekal mengendalikan kelab Valencia yang berada dalam krisis sehingga akhir musim ini.

Kelab gergasi La Liga itu dalam satu satu kenyataan memberitahu, Gonzalez diberi kepercayaan untuk kali kelima bagi mengendali sementara pasukan dari Mestalla itu selepas bekas pengurus dari Itali Cesare Prandelli meletak jawatan bulan lalu.

“Valencia CF ingin menegaskan sokongan mutlak untuk Voro Gonzales sebagai jurulatih utama pasukan sehingga hujung musim ini,” kata kelab itu dalam satu kenyataan, semalam.

“Kelab juga ingin menegaskan betapa kami mempunyai keyakinan penuh terhadap skuad ini dan barisan kejurulatihan untuk meningkatkan prestasi bagi mengatasi situasi ketika ini.”

Valencia hanya berada satu mata di luar zon penyingkiran selepas terikat 3-3 dengan pasukan tangga tercorot Osasuna, Isnin lalu. Voro muncul selaku jurulatih ketiga Valencia musim ini selepas Pako Ayestaran dipecat hanya selepas empat perlawanan pada kempen kali ini. – AFP