Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    VTB hilang kuasa terhadap anak syarikat

    FRANKFURT, 10 APRIL – Penyelia perbankan Jerman hari ini berkata ia telah melucutkan kuasa VTB Rusia ke atas anak syarikatnya di Eropah apabila sekatan dikenakan ke atas bank kedua terbesar Rusia selepas peperangan di Ukraine.

    Kumpulan Rusia itu ‘tidak lagi mempunyai kuasa’ terhadap anak syarikat VTB yang berpangkalan di Jerman iaitu Bank SE selepas larangan menggunakan haknya untuk mengundi, menurut pihak berkuasa pasaran kewangan BaFin dalam kenyataan.

    Penyelia berkata VTB tidak lagi diberikan akses kepada aset kewangan anak syarikatnya, yang kini ‘terpisah sepenuhnya’ daripada kumpulan Rusia.

    Aktiviti entiti Eropah masih boleh diteruskan, tetapi ahli lembaganya tidak boleh mengikut arahan dari VTB, yang disenaraikan dalam sekatan Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat.

    Penggantungan pemindahan dana ke ‘entiti kumpulan Rusia’ telah dilaksanakan ‘selama beberapa minggu’, tambah BaFin.

    VTB sudah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dan dikeluarkan dari sistem perbankan SWIFT antarabangsa.

    Bank terbesar Rusia, Sberbank, berdepan sekatan sejak Februari. Anak syarikatnya di Eropah yang berpangkalan di Austria berdepan kemungkinan pencairan di tengah-tengah masalah aliran tunai yang serius.

    BaFin menambah bahawa operasi VTB kekal ‘tidak berubah’ dan pelanggan masih boleh mengakses simpanan mereka secara bebas.

    Menurut akhbar perniagaan Jerman, Handelsblatt, empat daripada lima ahli lembaga VTB Eropah baru-baru ini meletak jawatan dan syarikat tidak menerima pelanggan baharu sejak awal Mac.- AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...