FRANKFURT, Jerman, 1 Feb – Volkswagen (VW) telah bersetuju untuk membayar sekurang-kurangnya AS$1.2 bilion dalam pembelian balik dan pampasan untuk menyelesaikan tuntutan daripada pemilik-pemilik kereta AS dengan enjin diesel besar yang mana dimanipulasi syarikat itu untuk menipu ujian pencemaran.
Cadangan penyelesaian yang difailkan lewat kelmarin di Mahkamah Daerah AS di San Francisco meliputi beberapa 77,000 pemilik kereta Audi, Volkswagen dan Porsche dengan enjin diesel 3.0 liter.
Volkswagen telah bersetuju terhadap pembayaran AS$15 bilion buat beberapa 500,000 enjin diesel 2.0 liter yang lebih kecil.
Di bawah tindakan penyelesaian yang dicadangkan, para pemilik model terdahulu dari 2009-2012, yang tidak boleh diperbaiki bagi memenuhi standard pencemaran, akan ditawarkan pembelian balik atau tukar beli ditambah dengan pampasan antara AS$7,755 ke AS$13,880 menurut keterangan daripada peguam-peguam pemilik kenderaan.
Pemilik yang memiliki model kereta baru dari tahun 2013-2016, yang boleh diperbaiki, akan mendapat pampasan sebanyak AS$7,039 kepada AS$16,114.
Itu hanya jika VW mampu memperbaiki perkara berkenaan seperti mana yang diluluskan oleh pihak berkuasa alam sekitar AS sebelum satu tarikh akhir yang dipersetujui. Jika tidak, pembelian balik boleh sahaja membebankan VW sehingga ke jumlah AS$4.04 bilion. – AP