VW, Ford lancar kenderaan elektrik

NEW YORK, 14 JULAI – Volkswagen (VW) akan melabur AS$2.6 bilion dalam syarikat kenderaan automatik Pittsburgh yang kebanyakannya dimiliki oleh Ford apabila pengeluar kereta yang pernah menjadi pesaing meningkat perkongsian mereka untuk mengeluarkan kenderaan tanpa pemandu dan elektrik dalam persekitaran yang amat kompetitif.

Kedua-dua pengeluar kereta akan menjadi pemilik sama Argo AI, dan mereka merancang meletakkan kenderaan automatik di jalan AS dan Eropah pada tahun 2021, kata syarikat itu pada Jumaat.

Perjanjian itu juga termasuk satu rancangan untuk Ford menggunakan platform kenderaan elektrik VW untuk menghasilkan kenderaan pengeluaran karbon sifar untuk pasaran Eropah mulai tahun 2023.

Syarikat kereta telah pun bergabung dengan firma teknologi besar dalam tempoh beberapa tahun lalu untuk membahagikan kos besar mengeluarkan kenderaan pandu sendiri dan elektrik. CEO Ford Jim Hackett menjangka pelabur yang ramai akan berkurangan.

“Risiko adalah tinggi di sini,” kata Hackett pada persidangan akhbar pada Jumaat. “Hanya terdapat beberapa pemenang yang akan mewujudkan platform terkenal untuk masa depan. Kami tidak boleh lewat. Ford tidak boleh lewat, dan kami perlu hebat.”

Keputusan untuk bergabung membantu Ford dan Volkswagen berkongsi kos yang mahal dan risiko mengeluarkan teknologi untuk kenderaan tanpa pemandu, dan memberikan Argo AI lebih banyak wang untuk menarik jurutera berbakat, yang penting untuk kejayaan. Ia juga membantu pengeluar kereta beralih daripada kereta yang bersaing untuk prestasi enjin kepada kereta di mana ciri-ciri unik pengalaman pemandu akan didorong oleh perisian. – AP

Gambar fail bertarikh 14 Januari menunjukkan Presiden dan CEO Ford Motor Co, Jim Hackett (kiri) bertemu dengan Dr Herbert Diess, CEO Volkswagen AG, pada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara di Detroit. – AP