Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    VW lancar Porsche di pasaran saham

    BERLIN, 19 SEPT – Kumpulan kereta Jerman Volkswagen (VW) mengumumkan semalam bahawa ia akan melancarkan jenama kereta sport premium Porsche di pasaran saham pada harga antara 70 dan 75 bilion euro.

    Harga tersebut akan turun di antara 76.30 dan 82.50 euro sesaham, menurut kenyataan syarikat. Porsche dijangka dilancarkan di pasaran saham Frankfurt pada 29 September.

    Jika pelancaran mencecah julat harga tinggi seperti yang dicadangkan oleh Volkswagen, ia akan menjadi salah satu pelancaran terbesar di Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Syarikat kereta gergasi itu mengumumkan hasratnya untuk melancarkan tawaran awam (IPO) pada 24 Februari, pada hari Rusia memulakan serangannya ke atas Ukraine.

    Peperangan yang meletus telah menjejas pasaran kewangan, mendorong saham merosot dan menyuramkan prospek ekonomi.

    Namun jenama mewah itu masih menarik tumpuan pelabur.

    Volkswagen, dengan menjual beberapa sahamnya dalam Porsche, berharap akan memperoleh dana wang berjumlah berbilion euro yang diperlukannya untuk membiayai program pelaburannya dalam kenderaan elektrik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...