VW senaraikan Traton di bursa

BERLIN, 14 JUN – Volkswagen (VW) berhasrat mengumpul di antara 1.6 bilion dan 1.9 bilion euro dengan menyenaraikan di antara 10 dan 11.5 peratus modalnya untuk divisyen trak Traton di pasaran saham.

Syarikat gergasi kereta Jerman itu akan menawarkan sahamnya di Frankfurt dan Stockholm, masing-masing berharga di antara 27 dan 33 euro dan menjangka penyenaraian pertama pada 28 Jun, umum VW malam kelmarin.

Transaksi itu dijangka menjadi salah satu daripada 10 tawaran awam terbesar di Jerman, namun masih di bawah yang terbesar pada 2018, apabila Divisyen Penjagaan Kesihatan Siemen diapungkan dengan harga 4.2 bilion euro.

VW pada mulanya telah menjadualkan untuk mengapungkan Traton pada April tetapi menangguhnya pada pertengahan Mac kerana pasaran dianggap tidak memberangsangkan.

Menurut laporan media, VW telah menimbang pengapungan sehingga 25 peratus dengan harapan mengumpul enam bilion euro dalam dana baharu. – AFP