VW tarik balik Beetles untuk ganti beg udara Takata

DETROIT, 23 DIS – Volkswagen telah menarik balik lebih 105,000 Beetles yang dipasang beg udara rosak Takata pada bahagian pemandu yang boleh meletup dan melentingkan serpihan tajam.

Penarikan balik itu meliputi model Beetles tahun 2012 hingga 2014.

Para pengedar akan menggantikan beg udara pemandu tanpa dikenakan bayaran ke atas pemiliknya bermula 12 Februari 2021.

Takata menggunakan ammonia nitrat untuk menghasilkan letupan kecil bagi menggembungkan beg-beg semasa kereta kemalangan.

Namun kimia itu boleh terhakis apabila terdedah kepada kepanasan dan kelembapan tinggi dan membakar dengan pantas, meletupkan kanister logam.

Sebanyak 27 orang terkorban di seluruh dunia akibat pengembung meletup, termasuk 18 di AS. – AP

Pengedar kereta Volkswagen di Essen, Jerman. – AP