Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes

    LOS ANGELES, 11 OGOS – Kes cacar monyet yang disahkan di Amerika Syarikat melebihi angka 10,000, mencecah 10,392 kes kelmarin, menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), agensi kesihatan awam negara itu, lapor Xinhua.

    Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu. Ia kali pertama CDC melaporkan lebih 1,000 kes jangkitan harian untuk virus itu sejak yang pertama pada 17 Mei.

    Kes yang disahkan di negara itu masih menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah jangkitan global – 31,800 setakat ini, walaupun penduduk negara itu hanya di bawah 5 peratus daripada populasi dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...