Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Wabak cacar monyet dikesan di AS, Eropah

    MONTREAL, 19 MEI – Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Quebec, Kanada sedang menyiasat lebih 12 kes disyaki cacar monyet, virus yang jarang ditemui namun berpotensi memberikan kesan serius, lapor penyiar awam, CBC semalam.

    Semalam, Amerika Syarikat (AS) juga mengesahkan kes virus itu pada seorang lelaki yang baru pulang mengunjungi Kanada, selepas pegawai kesihatan Eropah mengesahkan puluhan kes yang sama awal minggu ini.

    Penyakit itu lazimnya bermula dengan gejala seperti selesema, demam, sakit otot dan nodus limfa bengkak, sebelum menyebabkan ruam seperti cacar air di muka dan badan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

    CBC melaporkan pihak berkuasa kesihatan awam di bandar Quebec, Montreal sedang menyiasat sekurang-kurangnya 13 kes, sambil menambah ia dikesan selepas diagnosis dibuat di beberapa klinik pakar.

    Laporan itu menyebut pengesahan dijangka diketahui dalam beberapa hari akan datang.

    Di negara jiran AS, pihak berkuasa kesihatan Massachusetts dan CDC mengesahkan kes pertama di negara itu tahun ini.

    Penyakit itu boleh merebak melalui sentuhan dengan cecair badan atau kudis orang yang dijangkiti atau barangan yang dikongsi seperti pakaian dan cadar yang sudah tercemar, kata CDC, sambil menambah pembasmi kuman boleh membunuh virus itu.

    Sejak 6 Mei, sembilan kes cacar monyet telah dikesan di United Kingdom, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK semalam.

    Sepanyol dan Portugal juga mengumumkan mereka sudah mengenal pasti lebih 40 kes yang disyaki cacar monyet. – AFP

    Gambar mikroskop elektron menunjukkan virus cacar monyet (kiri) dan virus belum matang (kanan) yang diperoleh daripada sampel kulit manusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...