Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Wabak campak ragut 700 kanak-kanak

-

HARARE, ZIMBABWE, 5 SEPT – Angka kematian akibat wabak campak di Zimbabwe telah meningkat kepada hampir 700 kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan negara itu.

Beberapa pegawai menggesa enakmen undang-undang untuk menjadikan vaksinasi mandatori di sebuah negara di mana kumpulan agama anti-perubatan moden berpengaruh di sebahagian besar kawasan yang mempunyai populasi 15 juta orang.

Kementerian kesihatan negara Afrika selatan itu mengumumkan pada hujung minggu bahawa 698 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat campak sejak wabak bermula pada April.

Kementerian berkata 37 daripada kematian berlaku pada satu hari sahaja pada 1 September.

Kementerian kesihatan berkata ia telah mencatat 6,291 kes pada 4 September.

Angka terbaharu adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah kematian yang diumumkan kira-kira dua minggu lalu apabila kementerian berkata 157 kanak-kanak, kebanyakan mereka tidak menerima suntikan vaksin disebabkan kepercayaan agama keluarga, maut akibat penyakit tersebut.

Dr Johannes Marisa, presiden Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Pergigian Swasta Zimbabwe, memberitahu The Associated Press hari ini bahawa kerajaan akan mempergiat kempen vaksinasi besar-besaran dan melancarkan program kesedaran menyasarkan kumpulan agama anti-vaksin.

“Disebabkan tentangan, pendidikan mungkin tidak mencukupi maka kerajaan juga harus menimbang menggunakan langkah tegas untuk memastikan tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk menolak vaksinasi untuk anak mereka,” kata Marisa.

Wabak campak pertama dilaporkan di timur wilayah Manicaland pada awal April dan telah merebak ke seluruh negara sejak itu. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -