Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Wabak denggi meningkat di Vietnam

HANOI, 28 Julai – Pihak berkuasa tempatan di Vietnam diminta meningkatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan wabak denggi yang semakin menular di negara itu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Perdana Menterinya Nguyen Xuan Phuc mengarahkan agensi terlibat melakukan pemeriksaan lebih kerap di lokasi berisiko tinggi serta mengenakan tindakan terhadap organisasi atau individu yang didapati gagal menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan masing-masing. Sejak awal tahun ini, lebih 58,000 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negara dengan kira-kira 49,000 daripada pesakit terpaksa ditahan di wad.

Menurut laporan itu, terdapat peningkatan 11.2 peratus kes demam denggi di Vietnam berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Setakat ini 17 kes kematian akibat denggi dicatatkan di negara itu.

Antara kawasan panas wabak denggi di negara itu ialah bandar raya Ho Chi Minh, Hanoi, Da Nang, Quang Nam, Binh Thuan, Binh Duong, Dong Nai, An Giang, Tra Vinh, Ca Mau, Tay Ninh, Soc Trang, Tien Giang dan Nam Dinh. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -