Wabak Ebola kini berakhir – DR Congo

KINSHASA, 18 NOV – Republik Demokratik Congo hari ini mengisytiharkan berakhirnya wabak Ebola di negara itu, setelah wabak itu mengorbankan 55 orang dalam tempoh lima bulan terakhir.

“Saya dengan senang hati menyatakan berakhirnya wabak ke-11 virus Ebola di wilayah Equateur” di barat laut negara ini,” kata Menteri Kesihatan Eteni Longondo kepada wartawan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan wabak terbaru telah mengorbankan 55 orang selepas di antara 119 yang di-sahkan dijangkiti virus tersebut sejak ia bermula pada bulan Jun lalu.

“Seperti semasa wabak sebelumnya di timur negara ini, penggunaan vaksinasi secara meluas membantu membendung penyakit tersebut,” kata WHO.

Wabak itu, yang bermula pada bulan Ogos 2018, adalah merupakan virus mematikan tertinggi di negara itu dengan 2,277 kematian. Wabak demam hemoragik terbaru berlaku kerana wabak sebelumnya belum berakhir secara rasmi dan negara telah mengambil langkah sejak akhir Mac untuk memerangi koronavirus.

“Masih ada risiko tinggi kebangkitannya semula,” kata menteri itu. – AFP