Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Wabak kolera di Syria ragut 7 nyawa

    DAMSYIK, 14 SEPT – Wabak kolera pertama Syria dalam satu dekad telah membunuh tujuh orang dan menjangkiti lebih 50 individu, kata kementerian kesihatan, di tengah kerosakan kepada infrastruktur loji rawatan air.

    Dalam satu kenyataan lewat semalam, kementerian mengesahkan 53 kes kolera di lima daripada 14 wilayah negara, dengan jumlah tertinggi dicatat di wilayah utara Aleppo.

    Ia berkata tujuh orang telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

    Jumlah kematian terbaharu itu keluar selepas kementerian melaporkan dua kematian pada Isnin.

    Kolera pada lazimnya dijangkiti daripada makanan atau air dicemari, dan menyebabkan cirit-birit dan muntah.

    Ia boleh merebak di kawasan perumahan yang kekurangan rangkaian kumbah yang betul atau air minuman.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengingatkan semalam mengenai risiko ‘amat tinggi’ kolera merebak di seluruh Syria.

    WHO berkata kes terbaharu pertama dilaporkan di negara iru sejak 2009, apabila 342 kes disahkan di timur wilayah Deir Ezzor dan utara wilayah Raqa.

    Hampir separuh penduduk bergantung pada air alternatif dan sering menggunakan sumber air yang tidak selamat sementara sekurang-kurangnya 70 peratus kumbahan tidak dirawat, tambahnya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...